Welcome to eJazmine
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang telah ditubuhkan pada 17 November 1969 merupakan agensi pembangunan unggul Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Sejak penubuhannya, PDC telah dipertanggungjawapkan untuk menerajui pertumbuhan sosio-ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup warga Pulau Pinang.
About PDC
Strategi PDC termasuklah merancang dan membangunkan kawasan perindustrian lengkap dengan kemudahan, infrastruktur yang baik, meningkatkan bank tanah PDC di kawasan strategik bagi pembangunan industri dan pembangunan bercampur, menyediakan kediaman mampu milik untuk semua lapisan masyarakat, pembangunan semula bandar George Town melalui pembangunan semula KOMTAR dan pembangunan ‘greater’ KOMTAR dan memacu perancangan dan pembangunan bandar ketiga PDC iaitu Batu Kawan.
PDC akan terus memainkan peranan penting sebagai pemangkin pertumbuhan di Pulau Pinang, bekerja seiring dengan sektor awam dan swasta sebagai rakan pembangunan dan selaras dengan wawasan negeri untuk mencapai status bandar antarabangsa.